STRATEGI MENULIS KARANGAN BM SPM
1. Strategi menulis perenggan pendahuluan
a. Ayat tema- Dalam era letusan teknologi kini dan setelah kerajaan melancarkan satu visi baharu yang dikenali sebagai __________, proses urbanisasi seperti __________ selalu meniti dari bibir ke bibir anggota masyarakat di negara kita.
b. Ayat huraian tema- Hal ini demikian kerana / Dalam konteks ini, __________ dibangunkan dengan pelbagai keistimewaan dan kelengkapan untuk manfaat rakyat.
c. Ayat sokongan- Namun begitu, ada yang berpendapat bahawa __________ satu projek mega yang membazir.
d. Ayat persoalan- Persoalannya, apakah __________?
e. Ayat hala tuju isi- Oleh itu, __________ akan menjadi fokus dominan saya selepas ini.
2. Strategi menulis perenggan isi
a. Ayat topik- Sebagai cetusan minda saya yang pertama, antara __________ ialah __________.
b. Ayat huraian isi- Dalam konteks ini, __________ sangat penting untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem demi kesejahteraan muka bumi dan penghuninya.
c. Ayat contoh- Contoh yang paling ketara dengan kita ialah penanaman pokok-pokok rendang dan rimbun, pokok renek atau bunga-bungaan rumput yang menghijau.
d. Ayat ungkapan menarik- Senario ini persis dengan cogan kata __________.
e. Ayat impak- Sekiranya __________ dapat diwujudkan, sudah pastinya masyarakat atau para pengunjung __________ akan berasa tenang dan segar apabila berada dalam kawasan sekitarnya.
f. Ayat penegas isi- Berdasarkan hujah yang dinyatakan, __________ begitu signifikan dalam mewujudkan __________ di negara ini.
3. Strategi menulis perenggan penutup
a. Ayat kesimpulan- Sebagai penghias bicara akhir, jelaslah bahawa __________ sangat vital dalam proses urbanisasi __________ di nusa tercinta ini.
b. Ayat saranan- Sehubungan dengan itu, semua pihak yang terbabit haruslah cakna memikul obligasi dan memegang amanah dalam pelaksanaan __________.
c. Ayat harapan- Diharapkan __________ yang diimplementasikan dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang hidup sihat dan sejahtera.
d. Ayat sokongan- Sesungguhnya, __________ menjadi kebanggaan dan mercu tanda kemajuan negara dan kehebatan bangsa Malaysia yang mampu duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan bangsa di persada antarabangsa.
e. Ayat penegas- Tuntasnya, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa __________ yang inovatif, proaktif dan sistematik mestilah diimplementasikan secara berhemah ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.
Ulasan
Catat Ulasan